Bukayo Saka: Tiada Perkataan Boleh Diungkap Betapa Sedihnya Saya
Eropah
Advertisements

Bukayo Saka menerusi akaun Twitternya memberikan kenyataan penuh emosi berkaitan mesej-mesej kebencian yang beliau terima setelah gagal menjaringkan penalti terakhir semasa England bertemu Itali di Stadium Wembley, London.

“Saya jauhkan diri dari media sosial beberapa hari untuk menghabiskan masa buat keluarga dan refleksi untuk beberapa minggu ini. Mesej ini tidak memberikan keadilan bagaimana bersyukurnya saya untuk segala rasa sayang yang saya terima, dan saya perlu berterima kasih kepada mereka yang menyokong saya.”

“Tiada perkataan yang mampu diungkapkan bagaimana sedihnya saya dengan keputusan perlawanan dan penalti saya. Saya yakin kita perlu memenangi perlawanan ini untuk kamu. Saya minta maaf bahawa kami gagal membawa pulang ia ke rumah tahun ini, tetapi saya berjanji bahawa kami akan memberikan segalanya untuk memastikan generasi ini merasai bagaimana perasaan sebuah kemenangan.”

Advertisements

“Reaksi selepas perlawanan menjelaskan segalanya. Saya sakit dari segala sudut yang amat dan saya rasa saya telah menyebabkan kamu semua dan penyokong England sedih, tetapi saya berjanji, saya tidak akan membiarkan segala perkara negatif yang saya terima memusnahkan saya.”

“Tiada tempat untuk cacian perkauman atau apa-apa sahaja jenis kebencian dalam bola sepak atau dalam masyarakat dan kepada majoriti ummat yang membuat aduan bersama-sama hantarlah mesej ini kepada sesiapa sahaja dan memaklumkan kepada polis agar mesej-mesej kebencian ini hilang dengan bersatunya kita sama sendiri dan kita akan menang.”

Itali sebelum ini menjuarai EURO 2020 setelah berjaya menewaskan England 1-1 (3-2) menerusi penentuan sepakan penalti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram