EURO 2020 : Rakaman Ini Menjelaskan Segalanya Apa Yang Terjadi di Wembley
Eropah
Youtube / Kay Apps
Advertisements

Rakaman berdurasi 26 saat ini menjelaskan segalanya apa yang sebenarnya terjadi pada saat-saat terakhir sebelum Itali memenangi Trofi EURO 2020.

Lebih manis (buat penyokong Itali) adalah kemenangan saat akhir ini berlaku di Stadium Wembley dengan kepadatan penonton melebihi 65,000 penonton.

Penyokong England menanti dengan penuh harapan terhadap tendangan Bukayo Saka dengan keadaan sedikit sepi. Ternyata pada waktu ini penyokong England di stadium memberikan harapan tinggi disamping dalam keadaan gemuruh.

Advertisements

Sejurus sepakan Saka diselamatkan Gianluigi Donnarumma, pemain berlari menuju ke arah penjaga gawang berumur 22 tahun ini sepantas 4 saat dari tengah padang.

Larian yang pantas dan sememangnya satu tanda kegembiraan buat pemain Itali yang sedang meraikan kemenangan EURO 2020.

Lebih menggamit keadaan adalah reaksi Gianluigi Donnarumma yang kelihatan seperti baru mengambil ketum. Hanya kehadapan sedikit selepas itu melihat tepat kepada pengadil.

Advertisements

Siapa sangka reaksi sejuk Gianluigi Donnarumma bukanlah dibuat-buat sebaliknya beliau benar-benar tidak tahu bahawa pasukannya telah menang.

“Saya tidak meraikan penalti tersebut kerana saya tidak tahupun Itali sudah menang.”

“Tiba-tiba mereka datang beramai-ramai kepada saya dan saya masih belum faham.” Jelas Donnarumma.

Advertisements

Ternyata beliau terlalu fokus sampai tidak sedar apa yang sedang berlaku.

Video berdurasi 26 saat ini menerangkan segalanya dan telah dilihat lebih 2 juta kali di YouTube.

“Wins his country a tournament, walks off as nothing happened. What a badass this guy!” Jelas JTY di YouTube.

Advertisements

“Sangat gila bagaimana orang Itali mendiamkan seluruh negara (England).” Komen Japarican.

Selepas itu kelihatan penyokong England berlari onak di kerusi tanda kekecewaan yang teramat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram