Eropah
Gianluigi Donnarumma – Foto: ISOPIX
Advertisements

Penjaga gawang Itali, Gianluigi Donnarumma ternyata tidak tahu bahawa Itali sudah menang dan gaya bersahajanya itu bukanlah disengajakan.

Donnarumma menerangkan mengapa beliau tidak meraikan jaringan tersebut setelah Bukayo Saka gagal menjaringkan gol untuk tendangan terakhir England.

Baca: EURO 2020 : Rakaman Ini Menjelaskan Segalanya Apa Yang Terjadi di Wembley

Advertisements

Itali memenangi Kejuaraan EURO 2020 buat kali kedua dalam sejarah mereka setelah membenam England 3-2 menerusi sepakan penalti di Wembley.

Gianluigi Donnarumma
Gianluigi Donnarumma – Foto: ISOPIX

Donnarumma dianggap sebagai wira buat pasukan Azzurri ini selepas beliau berjaya mengekang sepakan Jadon Sancho dan Bukayo Saka dan reaksi tenangnya itu menggamit seluruh ummat yang menyaksikan perlawanan ini.

“Saya tidak meraikan penalti tersebut kerana saya tidak tahupun Itali sudah menang.” Jelas Donnarumma kepada Sky Sport Italia.

Advertisements

“Zaman sekarang ada VAR dan mereka sentiasa melihat kaki kerana ia tidak boleh didepan garisan jadi saya melihat pengadil untuk lihat jika ianya ok.”

“Tiba-tiba mereka datang beramai-ramai kepada saya dan saya masih belum faham.”

Ternyata beliau benar-benar terpana dan fokus hanya kepada menafikan sepakan penalti berbanding meraikan kemenangan terlalu awal.

Advertisements
https://www.youtube.com/watch?v=w0LThmhw8_Q
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram