Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin memberi bayangan bahawa akan ada perubahan terhadap masa depannya seawal Januari kelak.
Pemain berusia 22 tahun itu berada dalam senarai ketua jurulatih, Juan Torres ketika menghadapi aksi persahabatan di Shanghai, China pada 23 dan 26 Disember lalu.
Beliau bagaimanapun tidak dapat diturunkan susulan mengalami kecederaan yang memaksa hanya berada di bangku simpanan.
Masa depan pemain KV Kortrijk di Belgium ini menjadi tanda tanya selepas beliau menamatkan tempoh pinjaman lebih awak bersama kelab Iceland, Njardvik FC.
Mengulas lanjut, pemain berusia 22 tahun itu tampil mengesahkan status mengenai masa depannya sekaligus memberi bayangan akan pulang beraksi di Malaysia.
“Setakat ini saya masih bekerjasama dengan KV Kortrijk setelah pulang dari Iceland pada bulan Ogos lalu.”
“Kontrak sama masih bersama Kortrijk namun InsyaAllah bulan Januari nanti akan ada perubahan,” ujarnya.
Beliau bagaimanapun akan keluar dengan status pemain pinjaman kerana masih memiliki baki kontrak sehingga tahun 2025 di sana.
Luqman merupakan antara watak penting buat skuad muda kebangsaan termasuklah ketika membantu skuad muda negara di pentas Kelayakan Piala Asia B-23 tempoh hari.
Masa depannya masih belum terjawab ketika ini tatkala tiada pengumuman rasmi daripada mana-mana kelab untuk mendapatkan khidmatnya.