Burger Tersedap Dunia, Woodfire Buka Cawangan Di Stadium Sultan Ibrahim?

OfficialJohor/Woodfire
Azri Haziq
@azrihazq
9:45pm 06/02/2022

Restoran burger terkemuka di Malaysia, Woodfire terus melebarkan sayap apabila bakal membuka satu cawangan baru di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Menerusi satu hantaran di laman rasmi Instagram @woodfirejb, Woodfire dilihat sedang mencari pekerja sepenuh masa bagi mengisi kekosongan jawatan di restoran tersebut. Woodfire membuka iklan jawatan kosong untuk sesiapa yang berminat.

Jenama yang berasal daripada Johor ini terkenal dengan patty yang menarik dan juicy. Ditambah lagi dengan saiz yang besar dan rasa yang sedap, ia pasti menjadi perhatian para pengunjung untuk merasai burger premium di dalam stadium.

Strategi kelab Johor Darul Ta’zim untuk menjana pendapatan menerusi pembukaan kedai dan restoran di dalam stadium ini wajar sekali dipuji. Disamping memberi peluang untuk peniaga-peniaga menjana pendapatan, ia juga bakal merancakkan lagi ekonomi pasukan.

Pembukaan restoran woodfire ini pastinya menjadi daya tarikan peminat bola sepak tempatan untuk mengunjungi dan menikmati waktu-waktu indah menikmati burger di dalam stadium.