Kedudukan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi perhatian apabila pasukan Thailand, Buriram United kembali menghuni tangg no.1 di ASEAN.
Kedua-dua pasukan beraksi cemerlang di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) namun mengalami nasib berbeza.
Buriram United yang diwakili oleh kapten Malaysia, Dion Cools memulakan kempen cemerlang apabila mencatatkan kemenangan 4-1 berdepan wakil China, Zheijang.
Nasib berbeza buat Harimau Selatan apabila berhempas pulas sebelum tewas tipis 1-0 kepada jaguh Jepun, Kawasaki Frontale.
Menerusi kemas kini oleh laman Opta Analyst, Buriram United kini kembali memjadi kelab no.1 di ASEAN dengan menghuni tangga ke-419 dunia.
Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu menunjukkan Harimau Selatan mengumpul 71.6 mata sekaligus menyaksikan kedudukan JDT berada di tangga 506 dunia berbanding tangga ke-573 pada Februari 2023 lalu.
Kemas kini terbaru ini juga menyaksikan JDT menjadi satu-satunya wakil tunggal Malaysia yang tersenarai dalam kelompok kelab 500 terbaik di dunia setakat ini.
JDT kini menghuni tangga ke-31 kelab di Asia dan lebih baik berbanding kelab-kelab ternama seperti Bangkok United (ke-60), Melbourne City (ke-36) dan juga lawan di Kumpulan l, BG Pathum United yang menghuni tangga ke-108 di Asia.
Harimau Selatan selepas ini akan berdepan kelab Thailand, BG Pathum bagi aksi kedua ACL di gelanggang lawan dalam misi meraih 3 mata pertama musim ini.
JDT bagaimanapun kekal menjadi kelab paling unggul di Malaysia dan jauh meninggalkan kedudukan kelab kedua, Terengganu yang berada di tangga ke-1924 dunia.