Cabrera Kembali Sertai JDT Sebagai Pemain Tempatan?
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dalam satu hantaran di laman rasmi media sosial Johor Darul Ta’zim (JDT), Johor Southern Tigers telah memuat naik satu gambar yang menampilkan sosok individu misteri.

Gambar tersebut telah mengundang spekulasi pelbagai pihak seterusnya menjadi tanda tanya siapakah gerangan yang turut diselitkan dalam hantaran semalam.

Ramai dalam kalangan pengguna di Facebook mendakwa Gonzala Cabrera merupakan individu disebalik gambar tersebut. Peminat setia JDT telah membanjiri ruangan komen di Facebook Johor Southern Tigers dengan ucapan “Gonzalo Cabrera Is Back”.

Advertisements

Sebelum ini JDT mengumumkan bahawa Gonzalo Cabrera tidak akan beraksi bersama skuad Harimau Selatan untuk saingan liga musim ini. Selepas 152 penampilan, JDT mengesahkan pemain sayap kiri itu akan meninggalkan skuad kendalian Benjamin Mora.

Bagaimanapun gambar yang tular pada semalam seakan memberi khabar gembira buat peminat bola sepak tempatan tatkala pemain kelahiran Argentina ini dijangka akan kembali sertai JDT sebagai pemain tempatan.

Ini kerana, Gonzalo Cabrera bakal melepasi syarat lima tahun beraksi di Liga-M jika beliau kembali menyarung jersi JDT pada 2022. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini turut memaklumkan bahawa mereka tidak akan menghalang mana-mana kelab yang mahu menaturalisasikan pemain.

Advertisements

Untuk rekod, Gonzalo Cabrera telah membuat penampilan sulung dalam kancah liga bola sepak Malaysia sejak 2018 bersama JDT. Beliau berjaya menyumbangkan sebanyak 109 gol sepanjang beraksi bersama skuad Harimau Selatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram