Caion Yakin Boleh Skor Lebih Banyak Gol Bersama KL City
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Memecahkan rekod jaringan peribadi di Liga Malaysia menjadi sasaran utama Herlison Caion, yang akan menyarung jersi KL City musim ini.

Ketika bersama Selangor sebelum ini, Caion cemerlang membuktikan sentuhan jaringan hebatnya apabila muncul penjaring terbanyak pasukan dengan meledak 24 gol dalam semua pertandingan.

Bisa pemain dari Brazil itu turut berjaya membawa Selangor ke final Piala Malaysia dan nafsunya semakin bergelodak untuk menjaringkan gol demi gol bersama KL City apatah lagi pasukan itu dibarisi ramai import berkualiti tinggi.

Advertisements

“Di bahagian serangan saya rasa teruja kerana di sini ada Kipre (Tchetche), Paulo (Josue), (Romel) Morales dan seorang lagi Patrick (Reichelt), saya pernah beraksi bersamanya dengan Suphanburi.

“Jadi melalui kehadiran ramai pemain sebegini, saya rasa kian bersemangat untuk membuktikan sesuatu di KL City. Malah saya meletakkan azam untuk menjaringkan lebih banyak gol berbanding semasa di Selangor selepas menjaringkan 24 gol pada musim lalu,” kata Caion.

Perpindahan Caion ke kelab musuh setempat Lembah Klang itu pada hakikatnya boleh dianggap sebagai satu kejutan, namun dia ada sebabnya yang tersendiri sebagai justifikasi.

Advertisements

“Saya tahu ramai yang terkejut apabila ketahui saya datang ke sini tetapi ini bukan satu keputusan yang sukar sebenarnya apabila tawaran dari KL City datang.

“Bukan sahaja saya, isteri saya juga sangat selesa tinggal di Lembah Klang dan itu membuatkan saya terus menerima peluang bersama KL City.

“Dalam masa sama, saya tidak sabar bekerjasama dengan Bojan, salah seorang jurulatih yang berpengalaman dan harap saya boleh mengikuti taktikal yang direncanakan oleh beliau,” kata Caion lagi.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram