Canvas JDT Digunakan Untuk Perlawanan Malaysia Menentang Laos
Dunia
Vijhay Vick
Advertisements

Canvas Larkin milik Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi digunakan untuk mengawal keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil dari situasi lembab dan banjir untuk perlawanan Piala AFF melibatkan pasukan Malaysia menentang Laos.

Sebelum ini, canvas yang sama turut digunakan untuk perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia di venue yang sama bagi memastikan keadaan padang dalam keadaan baik walaupun hujan lebat.

Menerusi satu ciapan Twitter Ketua Pegawai Media JDT, Vijhay Vick, canvas Larkin digunakan untuk memelihara keadaan padang SNBJ.

Advertisements

Tindakan murni pihak JDT ini turut menerima pujian penyokong yang terharu dengan keprihatinan pihak pengurusan JDT terutamanya Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ).

Malaysia bakal melayani kunjungan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini untuk aksi kumpulan B Piala AFF 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram