Cara Membuat Sepakan Deras & Tepat Seperti Luqman Hakim
Blog
Advertisements

Sehebat mana sekalipun taktikal pasukan, sebesar mana sekalipun possesion dan sebanyak mana sekalipun bilangan ‘shooting’ dalam sesebuah permainan, ianya tidak bermakna jika sepakan dan tolakan yang dilakukan tidak menuju tepat ke gawang gol pasukan lawan.

Lihat Juga: Jaringan Luqman semasa kemenangan 4-3 Malaysia menentang Indonesia

Kami mengamati permainan Luqman Hakim untuk beberapa perlawanan dan mendapati Luqman mempunyai satu kualiti yang amat diperlukan oleh seorang penyerang tulen iaitu sepakan deras yang tepat ke gawang gol lawan.

Advertisements

Ini bukan kali pertama Luqman melakukan sepakan deras seperti ini.

Tidak ramai pemain bola sepak termasuklah pemain profesional sekalipun yang mampu membuat sepakan deras tepat terutamanya semasa aksi perlawanan sebenar.

Ronaldo adalah antara contoh penyerang terbaik dunia yang mampu melakukan sepakan deras yang tepat semasa berlari.

Berikut kami kongsikan beberapa langkah untuk melakukan sepakan seperti ini dan jangan terkejut bahawa teknik ini hanyalah teknik asas yang dilupakan oleh sebilangan pemain semasa ‘sedang bermain’.

Advertisements

Langkah 1: Pastikan bola tidak begitu jauh dari kaki sebelum membuat hayunan

Langkah 2: Tarik nafas dan hembus semasa menghayun kaki

Langkah 3: Pastikan badan benar-benar mengadap gawang gol

Advertisements

Langkah 4: Lengkungkan badan dan kepala ke bawah agar bola turun ke bawah dan bukan ke bulan

Dan ke empat-empat langkah ini berlaku dalam masa kurang 1.3 saat. Latihan yang kerap perlu dilakukan agar anda mampu mendapat rentak dan larian yang tepat sebelum melakukan sepakan.

Selain itu pastikan anda tidak membuat senaman kaki yang berat di gym 48 jam sebelum hari perlawanan jika anda ingin mendapatkan sepakan yang paling optimum semasa permainan sedang berlangsung.

Advertisements

Anda juga boleh menonton versi video di bawah:

Saksikan kesemua jaringan Luqman sebelum beliau menyertai KV Kortrijk.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram