Carlo Ancelotti Tinggalkan Real Madrid Demi Brazil
Dunia
CFC-Blues
Advertisements

Selepas Tite meletak jawatan sebagai jurulatih Brazil susulan kekalahan di suku akhir Piala Dunia 2022, Brazil dikaitkan dengan ramai jurulatih termasuk Jose Mourinho. Tetapi hari ini, Carlo Ancelotti dilaporkan bakal menjadi jurulatih baru skuad Selecao.

Mengikut laporan ESPN Brasil, buat masa ini kedua-dua pihak belum mengesahkan perkara ini secara rasmi memandangkan Ancelotti masih mempunyai baki kontrak setahun dengan Real Madrid.

Tetapi bekas jurulatih Chelsea dan A.C Milan itu menunjukkan minat positif terhadap usul yang dibawa Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF). Difahamkan Brazil mahu Ancelotti melatih pasukan kebangsaan dengan kontrak tiga tahun termasuk untuk Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Advertisements

Pemain-pemain Brazil dari Real Madrid dikatakan turut mengetahui cerita berkenaan. Walaupun sedih dengan perkembangan tersebut, mereka melihat kelibat Ancelotti dapat memberi nafas baru kepada Selecao.

Jika perlantikan ini menjadi kenyataan, ini merupakan tugas pertama Ancelotti bersama pasukan kebangsaan. Ini kerana kebanyakan karier pengurusannya berlegar di peringkat kelab dari Parma hinggalah Everton dan Los Blancos.

Sebelum ini, Ancelotti tidak menolak peluang menjadi jurulatih Brazil bila ditanya oleh media. Bagaimanapun, beliau menegaskan selagi dirinya masih terikat sebagai jurulatih Los Blancos, sukar untuknya menerima jawatan jurulatih pasukan lain.

Advertisements

Tetapi ini boleh saja berubah sekiranya Presiden Real Madrid, Florentino Perez memecat Ancelotti pada akhir musim berikutan prestasi kurang memuaskan kelab musim ini. Malah, sudah ada ura-ura nama bekas pemain tengah Liverpool, Xabi Alonso dicanang sebagai penggantinya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram