CEO Melaka United Umum Jualan Seluruh Saham Kelab
Dunia
NST
Advertisements

Ketua Pengarah Eksekutif Melaka United FC, Dato Seri Justin Lim secara rasminya mahu menjual saham kelab tersebut.

Beliau yang memegang tampuk kelab sejak beberapa musim lalu kini difahamkan tidak lagi mampu menanggung kos pengurusan kelab.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik, Justin memberi keterangan mengenai situasi terkini Melaka United.

Advertisements

Katanya, beliau mengambil keputusan untuk memberi keterangan terutamanya melibatkan isu tunggakan gaji para pemain.

“Saya mahu menyelesaikan isu tunggakan gaji para pemain terlebih dahulu.”

Beliau juga memaklumkan bahawa telah mengambil keputusan untuk menjual seluruh saham kelab serta-merta kepada syarikat awam yang mahu membelinya.

Advertisements

“Saya juga telah membuat keputusan untuk menjual seluruh saham kelab dan dibuka kepada syarikat awam. Pemohon akan disenarai pendek dan dinilai,” jelasnya.

Melaka United kini masih meneruskan perjuangan dalam saingan Liga Super dalam usaha memastikan mereka kekal bersaing pada musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram