CEO Negeri Sembilan Senaraikan 5 Sebab Kontrak Zaquan Adha Tidak Disambung
Liga Super
PBMNS
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus baru-baru ini telah menyenaraikan lima sebab utama mengapa Negeri Sembilan tidak menyambung khidmat penyerang veteran, Zaquan Adha Abd Radzak bagi mengharungi saingan Liga Super musim baharu.

Faliq berpendapat faktor umur Zaquan yang menjangkau ke angka 37 tahun dan juga rekod kecederaan Zaquan yang serius merupakan dua faktor utama mengapa nama Zaquan tidak lagi berada di dalam perancangan pasukan.

“Beliau berumur 37 tahun, dan setiap slot pemain kami sangat berharga. Memandangkan kekangan kewangan, peluang dan sumbangan sebagai pemain pasti tidak dapat dimaksimakan.

Advertisements

“Memandangkan beliau memiliki rekod 5 kali kecedaraan ACL, pastinya ini satu risiko bagi kewangan kelab dalam jangka panjang. Surat makluman yang diberikan ialah “courtesy” kerana kontraknya pun telah tamat pda 17 Disember 2023.

“Surat tersebut hanya memaklumkan bahawa kontrak beliau sebagai pemain tidak disambung, malah semua pemain yang tidak disambung juga terima surat yang sama.

“Kelab terbuka untuk sebarang peranan beliau untuk jadi sebahagian daripada “coaching staff”,namun tindakannya untuk ke media sangat menduka citakan. Walhal dia tak pernah sekalipun mahu menyemak statusnya sebagai pemain kepada pihak kelab,” dedah Faliq melalui laman X.

Advertisements

Bagi Faliq, mengukuhkan kedudukan kewangan kelab harus diutamakan buat masa ini demi mengelak pekara negatif berlaku di dalam pasukan terutamanya melibatkan gaji pemain.

Sebelum ini, Zaquan meluahkan rasa sedih apabila difahamkan hanya diberitahu khidmatnya tidak lagi diperlukan Negeri Sembilan melalui makluman dalam sepucuk surat sahaja. Namun begitu, Zaquan terima berita tersebut dengan hati yang redha.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram