Cerezo Osaka Lanjut Kontrak Dang Van Lam
Asia
Dang Van Lam/Cerezo Osaka
Advertisements

Penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam berpeluang meneruskan kariernya di Liga J1 Jepun. Ini selepas Cerezo Osaka memutuskan untuk melanjutkan kontraknya selama setahun lagi. Kontrak beliau yang sepatutnya tamat Januari ini akan luput pada 31 Januari 2023.

Sejak menyertai Osaka pada Januari tahun lepas, Lam hanya sempat membuat dua penampilan. Pertama, dalam saingan Liga Juara-Juara AFC dan kedua, dalam perlawanan Piala Maharaja/Emperor Cup. Beliau ketika ini memberi fokus untuk pulih daripada kecederaan bahu serius yang memerlukannya menjalani pembedahan.

Peluang untuk bekas pemain remaja Spartak Moscow itu merebut slot penjaga gol utama Osaka kelihatan cerah. Ini selepas kelab memilih melepaskan Kenya Matsui. Bagaimanapun, Lam masih perlu bersaing dengan penjaga gol Korea Selatan, Kim Jin-hyeon dan penjaga gol Jepun Sota Matsubara.

Advertisements

Beliau sebelum ini merupakan penjaga gol utama Vietnam dari 2018 hingga tahun lepas. Bagaimanapun, kecederaan bahu yang dialaminya mengakibatkan jurulatih Park Hang-seo memilih untuk tidak memanggilnya untuk saingan Piala AFF Suzuki 2020. Alasan sama juga mengakibatkan Lam terlepas peluang membarisi pasukan Vietnam untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram