Dunia
AFC / Wikipedia
Advertisements

Kelibat pemain import Kuala Lumpur City FC (KL City), Giancarlo Gallifuoco di atas padang jelas sekali membantu pasukan The City Boys menampilkan aksi cemerlang di dalam saingan domestik dan juga di pentas Piala AFC.

Kekebalan Giancarlo sudah pasti menarik minat kelab-kelab lain bagi mendapatkan khidmat pemain import dari Australia itu. Baru-baru ini, Giancarlo telah berkongsi mengenai masa depan beliau bersama KL City.

“Ada minat dari pasukan lain tetapi saya gembira di KL City. Pasukan di sini (KL City) telah menjadi seperti keluarga kepada saya. Saya sudah pun menandatangani kontrak untuk musim depan.

Advertisements

“Saya merancang untuk mempunyai masa depan yang panjang di sini dan membantu kelab ini terus berkembang. Sampai Mati Kuala Lumpur!,” jelas Giancarlo ketika dihubungi Makanbola.

Ini bermakna kelibat Giancarlo akan terus ditagih KL City pada musim hadapan. Namun begitu, ada sedikit kejutan yang diluahkan oleh bekas pemain Leeds United itu mengenai peluang beraksi bersama Harimau Malaya.

Melalui tinjauan di ruangan komen instagram Makanbola, ada pengikut yang mengajak Giancarlo untuk beraksi bersama skuad kebangsaan suatu hari nanti. Giancarlo dengan tenang membalas ajakan itu dengan menyatakan bahawa beraksi bersama Harimau Malaya adalah impian beliau.

Advertisements
giancarlo malaysia Ceritera Giancarlo Gallifuoco Mengenai KL City Dan Harimau Malaya
Giancarlo membalas komen pengikut instagram makanbola.
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram