Advertising
Challenge Cup: Ifedayo Jelaskan Punca PDRM Bolos Dua Gol Awal
MakanBola
PDRM FC

Penyerang berbisa PDRM FC, Ifedayo Olusegun akui kelekaan pemain di awal permainan menjadi punca utama dua gol dibolosi. 

Beliau sedar bahawa ini adalah perlawanan yang berintensiti tinggi kerana ia merupakan perlawanan akhir.

Ad

“Saya tak pasti, akan tetapi ini adalah perlawanan akhir. Ianya satu tekanan yang tinggi. Tuah buah Selangor.

Ad

“Selepas 25 ke 30 minit permainan baru kami dapat semula rentak untuk menyusun dan merancang cara permainan kami,” kata Ifedayo selepas tamat perlawanan semalam.

PDRM berjaya bangkit menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama perlawanan.

Ad

Dalam pada itu, Ifedayo juga meluahkan rasa kurang puas hati dengan prestasi pasukan. Beliau yakin PDRM mampu cipta kejutan semalam dengan kelebihan pemain namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Ad

“Saya tidak berpuas hati dengan permainan ini, kami boleh lakukan dengan lebih baik. Kami sebagai pemain, tahu apa kesalahan kami dan kami akan perbaiki semula nanti,” katanya lagi. 

Ad

PDRM bakal bertemu semula bagi aksi kedua perlawanan akhir Challenge Cup 2024-25 pada Sabtu hadapan, 22 Februari 2025 jam 9 malam.