Challenge Cup: Kuching City Diikat Kelantan United
MFL
Kuching City
Advertisements

Kuching City diikat Kelantan United 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama Challenge Cup di Stadium Negeri.

Bruno Dybal mencetak gol seawal minit ke-10 untuk meletakkan Kuching City dihadapan.

Namun Asraff Alifuddin muncul sebagai pemain penting apabila menyamakan kedudukan buat Kelantan United.

Advertisements

Asraff berjaya menjaringkan gol pada minit ke-43 perlawanan.

Aksi seri 1-1 ini dibawa sehingga tamat perlawanan setelah kedua-dua pasukan gagal mencari gol kedua.

Kuching City memiliki banyak peluang namun gagal menjelmakan sebarang gol.

Advertisements

Aidil Sharin berjaya memupuk permainan Kuching City sebagai pasukan yang kerap menyerang namun penyudah yang tumpul menidakkan kemenangan Kuching City.

Kedua-dua pasukan kini bakal berentap bagi aksi kedua separuh akhir pada 4 November ini bagi menentukan siapa yang layak ke perlawanan akhir Challenge Cup.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram