Challenge Cup: PDRM Bawa Bekalan Selesa, Tundukkan Kuching City
MFL
PDRM FC
Advertisements

PDRM FC membawa bekalan selesa ke laman lawan dalam aksi final pertama MFL Challenge Cup 2023 apabila menumbangkan Kuching City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Walaupun bermain dalam keadaan hujan, namun kedua-dua menyajikan aksi hangat dengan beberapa siri serangan yang mampu mengancam pintu gol lawan.

Seawal minit pertama permainan, tandukan penyerang Kuching City FC, Pedro Henrique hampir menerjah jaring PDRM tetapi sedikit tersasar.

Advertisements

Minit ke 19, giliran pasukan PDRM menguji pintu gawang Kuching CIty FC, namun ditepis keluar penjaga gol, Wan Muhammad Azraie.

45 minit pertama tamat tanpa jaringan oleh kedua-dua pasukan.

Advertisements

Kembali dari bilik persalinan, PDRM kembali memperkemas permainan mereka dan percubaan Uche Agba pada minit ke-50 hampir menceriakan para penonton yang hadir.

Jaringan yang dicari oleh skuad kendalian Ahmad Yunus Alif itu akhirnya menjelma apabila Nabil Ahmad Latpi menanduk masuk bola hantaran lintang dari sebelah kanan gawang Kuching City tiga minit kemudian.

Advertisements

Pada minit ke-68, giliran penyerang berbisa PDRM, Uche Agba pula menambah luka pasukan pelawat apabila menjaringkan gol selepas menerima hantaran dari Marcus Macauley untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Kapten pasukan PDRM, Amir Saiful Badeli tidak ketinggalan untuk menempa nama sebagai penjaring apabila sepakannya berjaya menewaskan penjaga gol Kuching City FC pada minit ke-77 permainan.

Advertisements

Kedudukan 3-0 berpihak kepada PDRM FC kekal sehingga wisel penamay dibunyikan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu kembali dalam final kedua MFL Challenge Cup yang akan berlangsung pada Ahad, 3 Disember 2023 di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram