Advertisement
Challenge Cup: PDRM Cemas Sebelum Bangkit Ikat Kedah
Piala Cabaran
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Aksi saingan separuh akhir Challenge Cup malam ini menyaksikan PDRM cemas sebelum bangkit ikat Kedah di laman sendiri. 

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik bagi aksi pertama separuh akhir. 

Seawal empat minit permainan, tuan rumah membuka jaringan pertama pasukan menerusi penyerang import, B. Castanheira. 

Sebelum masa separuh masa pertama tamat, Ifedayo Olusegun menambah jaringan kedua PDRM sekaligus menjarakkan jumlah jaringan. 

Pasukan pelawat, Kedah tidak menunggu lama untuk membuka jaringan pada minit ke-50 permainan menerusi penyerang dari Serbia, Milos Gordic.

Selang empat minit aksi, Kedah terus mengganas apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain pertahanan, Aiman Afif.

PDRM terus buntu apabila pada minit ke-64 permainan, Kedah kembali hadapan bangkit dengan jaringan ketiga menerusi Akmal Zahir.

Pemain gantian PDRM, Eizrul Ashraf kembali beri nafas kepada pasukan apabila berjaya menyamakan kedudukan jaringan menewaskan penjaga gol kedah, Ifwat Akmal.

Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Kedah hampir pamer kebangkitan luar biasa. PDRM FC 3-3 Kedah FC.

Aksi perlawanan kedua separuh akhir Piala Cabaran akan berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah pada 1 Februari hadapan, jam 9 malam.