PDRM tenang menewaskan KL Rovers 3-0 untuk melangkah ke separuh akhir Challenge Cup.
PDRM turun menentang KL Rovers dengan kelebihan agregat 2-1 di Stadium MBPJ.
Uche Agba membuka jaringan pertama PDRM menerusi hantaran Mario Arques pada minit ke-34 permainan.
Selang 2 minit kemudian, giliran Fakhrul Azim pula mencetak nama selaku penjaring apabila tandukan beliau hasil hantaran Izaaq berjaya menewaskan penjaga gol KL Rovers.
Aksi separuh masa pertama tamat dengan dominasi PDRM dalam perlawanan ini.
Bersambung babak kedua, hantaran Fauzi Majid tenang disudahkan James Okwuosa pada minit ke-59 perlawanan.
KL Rovers kemudian berjaya menjaringkan gol menerusi Rafie Mat Yaacob setelah melakukan serangan balas seminit selepas gol ketiga PDRM.
KL Rovers cuba memberikan tentangan sengit kepada PDRM namun PDRM berjaya mengetepikan cabaran tersebut.
Tamat perlawanan, PDRM mudah menewaskan KL Rovers 3-1 dan layak ke separuh akhir Challenge Cup dengan agregat 5-2.