Selangor tepati ramalan ke separuh akhir saingan MFL Challenge Cup selepas tewaskan Kelantan DN bagi aksi timbal balik malam ini.
Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama yang terbaik. Skuad kendalian Katsuhito Kinoshi turun dengan positif apabila mencatatkan kemenangan besar dalam aksi pertama.
Seawal sembilan minit aksi, pemain pertahanan Selangor, Shahrul Nazeem membuka jaringan pertama pasukan.
1 minit sebelum separuh masa pertama tamat, Selangor melebarkan jarak gol apabila Ronnie Fernandez menghadiahkan gol kedua pasukan selepas kesilapan daripada pertahanan Kelantan DN.
Separuh masa pertama tamat, Selangor 2-0 Kelantan Darul Naim.
Pada minit ke-61 permainan, pemain gantian sayap kanan, Danial Asri menggandakan jaringan ketiga buat Selangor sekaligus hampir menutup harapan Kelantan DN untuk mara.
Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Selangor atasi Kelantan DN dengan keputusan 3-0, agregat 8-1.
Selangor akan bertemu sama ada pasukan Penang FC atau Putrajaya Athletic FC bagi perlawanan separuh akhir Challenge Cup.