Chanathip Pamer Sokongan Terhadap Safawi
Dunia
Stadium Astro
Advertisements

Pemain sensasi Thailand, Chanathip Songkrasin di IG Story miliknya kelmarin membuat satu hantaran mendoakan kesembuhan buat pemain sayap Malaysia, Safawi Rasid. Safawi dikhabarkan telah cedera di bahagian bahu kanannya dan mengalami sedikit keretakan.

Kecederaan yang dialami Safawi pada perlawanan terakhir kumpulan B ketika menentang Indonesia tempoh hari telah memaksa pemain JDT itu dikeluarkan pada babak kedua permainan. Malaysia sebelum itu tewas ditangan Indonesia 4-1 dalam perlawanan tersebut.

Sementara itu, Safawi mengucapkan tahniah dan syabas kepada Chanathip kerana pasukannya layak ke separuh akhir. Chanathip dan Safawi turut bertukar jersi dan perkongsian itu mendapat respon positif daripada peminat bola sepak Thailand dan Malaysia berkaitan hubungan baik antara kedua pemain ini.

Advertisements

Chanathip atau lebih mesra disapa Jay turut mendoakan kesembuhan buat Safawi. Dalam pada itu, pasukan Thailand dijadualkan menentang Vietnam untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2020 pada esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram