Advertising
Chanathip Songkrasin Seru Rakan Pasukan Siap Sedia Hadapi Terengganu
MakanBola
BG Pathum United

Pemain serangan BG Pathum United, Chanathip Songkrasin menyeru rakan sepasukannya agar bersiap sedia menghadapi ujian Terengganu bagi aksi Shopee Cup.

Chanathip mengakui BG Pathum kini mengharungi jadual yang padat namun beliau tetap menyemarakkan semangat untuk ahli pasukannya agar terus memberikan aksi terbaik.

Ad

“Kita memiliki jadual yang padat ketika ini jadi semua pemain harus menjaga keadaaan fizikal mereka. Terutamanya kita harus memiliki mentaliti yang kuat.

Ad

“Jika kita kekal bersedia dan fokus, saya percaya kita akan dapat mengharungi kesukaran ini. Secara peribadi, saya gembira bekerja dengan jurulatih Anthony Hudson.

“Fokus utama sekarang ialah komunikasi antara pasukan kerana kita baru saja bekerjasama (dengan Anthonya Hudson).

Ad

“Kita harus percaya dan saling menghormati. Semua pemain bersedia untuk bekerjasama dan membuktikan sesuatu dalam perlawanan esok (menentang Terengganu).” ujar Chanathip Songkrasin.

Ad

BG Pathum bakal menentang Terengganu dalam aksi terakhir kumpulan A Shopee Cup dalam usaha melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Ad

BG Pathum kini menghuni tangga pertama dengan mengumpul 8 mata manakala Terengganu di tangga kedua dengan 7 mata tetapi berkongsi mata bersama PSM Makassar di tangga ketiga.

Kehadiran bekas jurulatih New Zealand, Anthony Hudson selaku jurulatih baharu BG Pathum bakal diuji dengan aksi menentang wakil dari Malaysia, Terengganu.