Chanatip Puji Prestasi Cemerlang JDT Di Pentas ACL
Dunia
Gabriel Tan- ESPN
Advertisements

Bintang Thailand, Chanatip Songkrasin mengakui kecewa kerana tidak dapat membantu pasukannya Kawasaki Frontale untuk layak ke peringkat seterusnya bagi saingan Asian Champion League (ACL) musim ini. 

Bekas pemain Consadole Sapporo ini merasakan bahawa kelab daripada Asia Tenggara kini berada di prestasi terbaik terutamanya BG Pathum United dan Johor Darul Ta’zim. 

“Sudah tentu, saya kecewa dengan keputusan yang Kawasaki Frontale gagal untuk layak ke pusingan seterusnya.

Advertisements

“Ia bagus untuk Asia Tenggara. Bagi saya dari thailand, saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka BG Pathum United.

Dalam pada itu, pemain berusia 28 tahun ini turut memuji barisan pemain import JDT dan juga kualiti pemain yang lain kerana beraksi cemerlang sepanjang aksi ACL musim ini.

 “Juga untuk Johor Darul Ta’zim, mereka bermain sangat bagus terutama pemain import kerana mereka mara ke pusingan seterusnya dan juga BG Pathum United,” kata Chanatip kepada penulis ESPN, Gabriel Tan.

Advertisements

Kawasaki Frontale gagal melayakkan diri ke pusingan 16 terakhir selepas kejutan yang dilakukan JDT kepada Ulsan Hyundai menyebabkan jumlah mata yang dikumpul dipintas oleh kelab Hong Kong, Kitchee FC bagi kedudukan kedua terbaik di peringkat kumpulan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram