Chelsea Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Stadium
EPL
BeIN Sports
Advertisements

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC mengumumkan akan menganjur majlis berbuka puasa di tepi padang Stadium Stamford Bridge.

Majlis terbuka itu akan diadakan pada 26 Mac 2023 ini, bagi meraikan umat Islam menyambut bulan ramadhan untuk sama-sama berkumpul di majlis terbesar di United Kingdom ini.

Pihak kelab menjemput semua penyokong Chelsea, pelajar sekolah dan ahli komuniti yang beragama islam termasuk ahli masjid tempatan dan kakitangan Chelsea FC.

Advertisements

Ini adalah hasil kerjasama bersama Ramadan Tent Project iaitu sebuah organisasi yang bertujuan menyatukan masyarakat dengan menerapkan pemahaman tentang bulan ramadhan.

Chelsea menjadi kelab pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris menganjurkan majlis berbuka puasa secara terbuka.

Langkah yang positif dibuat oleh pihak kelab untuk menyambut komuniti muslim di UK sekaligus dapat merapatkan ikatan persaudaraan sesama muslim di sana.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram