Chelsea Bawa Kepakaran New Zealand Pulihkan Mentaliti Kemenangan
Dunia
GamePlan A
Advertisements

Dengan Chelsea terus bergelut walaupun berbelanja RM3.2 bilion dalam pasaran perpindahan Januari, ramai menjangkakan Graham Potter akan dipecat. Tetapi Blues memilih membawa masuk bekas jurulatih New Zealand, Gilbert Enoka bagi membantu pasukan itu.

Menurut akhbar The Telegraph, Enoka dibawa masuk sebagai perunding jangka pendek bagi membantu pasukan membentuk semula mentaliti kemenangan yang hilang dalam kalangan pemain Blues sejak kebelakangan ini.

Selain itu, kehadiran Enoka juga diharap dapat membantu pemain-pemain baru termasuk Enzo Fernandez dan Mykhailo Mudryk tidak terbeban dengan jangkaan tinggi penyokong.

Advertisements

Ini kerana kebanyakan pemain yang tiba di Stamford Bridge ialah pemain-pemain muda dan kurang berpengalaman. Justeru, Enoka dapat membantu mereka menangani jangkaan dengan baik dan bermain tanpa sebarang tekanan.

Jurulatih berdarah New Zealand ini bertanggungjawab menjadikan pasukan ragbi negara itu sebagai juara dunia pada 2011 dan 2015. Ini terjadi menerusi pengenalan polisi pro-semangat berpasukannya sekaligus menghasilkan pasukan yang mempunyai keinginan untuk menang.

Selain pasukan ragbi All Blacks, kepakaran Enoka turut ditagih oleh pasukan kriket New Zealand (sekitar tahun 1998-2004) dan pasukan bola jaring Silver Ferns.

Advertisements

Dengan kehadiran Enoka, ia bukan sekadar tanda sokongan Chelsea terhadap Potter masih tidak berubah. Malah, kehadiran bekas jurulatih All Blacks itu diharap dapat merealisasikan potensi pasukan selepas berbelanja besar pada musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram