Chelsea Kalah Kerana VAR – Lampard

EPL
February 18, 2020

Kekalahan Chelsea kepada Manchester United di halaman sendiri Chelsea, Stamford Bridge disifatkan Frank Lampard sebagai satu ketidak adilan.

“Maguire sepatutnya dikenakan kad merah,” jelas Lampard.

“Ianya jelas dan ia mengubah permainan. Ianya keputusan yang salah dan semua orang mengatakan perkara yang sama.”

“Sukar dengan VAR ini dan keputusan ini sangat penting. Ia memainkan peranan yang besar dan saya tidak faham kenapa pengadil tidak melihat skrin VAR.”

Sementara itu, Harry Maguire pula berpendapat tindakan pengadil adalah tepat.

“Saya faham saya membuat terjahan keras. Saya rasa dia akan jatuh ke atas badan saya dan tindak balas saya adalah semulajadi untuk menegangkan kaki saya untuk memberhentikan dia.”

“Saya memohon maaf kepada beliau dan ianya bagus kerana pengadil mempunyai tanggapan yang jelas dalam kejadian tersebut.”

Chelsea tewas 0-2 kepada Manchester United hasil jaringan Martial dan Maguire.

Follow Telegram @makanbola untuk dapatkan berita bola sepak Malaysia terus di telefon bimbit anda.
Follow Telegram @makanbola untuk dapatkan berita bola sepak Malaysia terus di telefon bimbit anda.
160 views

By Makan Bola
@mymakanbola

Terbaru