Ketua jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel secara rasminya telah dipecat oleh pasukan berkuat kuasa hari ini.
Pengendali kelahiran Jerman itu baru sahaja mengendalikan The Blues selama 20 bulan namun masih tidak dapat menyelamatkan dirinya ketika ini.
Hal ini susulan prestasi kurang memberangsangkan sejak permulaan liga baru-baru ini sunggupun Chelsea dilihat masih berada pada landasan terbaik.
Setelah mencatatkan 2 kekalahan dalam saingan EPL dan terbaru tewas dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), kelab merasakan ini adalah waktu yang sesuai untuk memecat Tuchel.
Beliau yang baru sahaja memimpin perlawanan ke-100 bersama pasukan mencatatkan kekalahan 1-0 sekaligus menyaksikan bekas jurulatih PSG ini kehilangan tempatnya.
Sepanjang di bawah kendaliannya, Chelsea berjaya merangkul 3 piala termasuklah satu trofi UCL sekaligus menjadi jurulatih kedua berjaya melakukannya di kelab.
Pemilik Chelsea, Todd Boehly merasakan ini waktu yang sesuai selepas beliau telah berbelanja besar untuk membawa masuk beberapa muka baharu bagi memperkuatkan pasukan.