Chelsea Perlu Bayar RM592 Juta Untuk Bintang Muda Brighton
Transfer
Brighton & Hove Albion
Advertisements

Selepas merekodkan hanya tiga percubaan tepat ke arah gol semasa menentang Fulham semalam, Chelsea amat memerlukan peledak berbisa di bahagian serangan.

Situasi ini tidak dibantu dengan kecederaan yang menimpa Christopher Nkunku dan Nicolas Jackson menjalani tugasan antarabangsa bersama Senegal.

Sementara Armando Broja pula bergelut mencari ruang menjaringkan gol dalam kubu pertahanan The Cottagers semalam.

Advertisements

Atas sebab inilah, The Blues dilaporkan mahu membawa penyerang muda Brighton dan Ireland, Evan Ferguson ke Stamford Bridge.

Mengikut data Transfermarkt, Ferguson sudah menjaringkan enam gol daripada 18 perlawanan liga setakat ini.

Bagaimanapun, pengurusan The Seagulls dijangka menolak sebarang cubaan mendapatkan Ferguson dengan meletakkan tanda harga bernilai £100 juta (RM592 juta).

Advertisements

Ini bukan kali pertama Chelsea mendapatkan pemain dari kelab berkenaan. Sebelum ini, The Blues berjaya mendapatkan Marc Cucurella dan Moises Caicedo dari Brighton dengan yuran perpindahan yang mahal.

Malah, Chelsea juga bertindak mendapatkan pengurus Brighton sebelumnya, Graham Potter dan barisan kejurulatihan beliau bagi menggantikan Thomas Tuchel pada musim 2022-2023.

Meskipun berminat mendapatkan khidmat Ferguson, yuran perpindahan yang mahal dan pematuhan Peraturan Fair Play Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal memaksa Chelsea untuk mengawal perbelanjaan mereka.

Advertisements

Selain Ferguson, The Blues turut dikaitkan dengan perpindahan Ivan Toney (Brentford) dan Victor Osimhen (Napoli) untuk mengisi posisi berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram