Kemasukan Kepa Saat Akhir Bantu Chelsea Rangkul UEFA Super Cup
Eropah
Advertisements

Perlawanan UEFA Super Cup antara Chelsea dan Villarreal berakhir dengan keputusan seri selepas 120 minit permainan memaksa perlawanan diteruskan dengan sepakan penalti.

Hakim Ziyech terlebih dahulu meletakkan Chelsea dihadapan menerusi jaringan pada minit ke 27 sebelum Villarreal menyamakan kedudukan pada minit ke 73 hasil jaringan Gerard Moreno. Walaupun Chelsea banyak menguasai perlawanan namun tiada gol yang dapat dihasilkan sehingga tamat perlawanan.

Aksi penuh penentuan sepakan penalti

Ketika minit 118 perlawanan, Thomas Tuchel melakukan kejutan apabila memasukkan Kepa Arrizabalaga untuk menggantikan Edouard Mendy.

Advertisements

Walaupun Havertz gagal menyempurnakan sepakan penalti pertama Chelsea, Ketangkasan Kepa menyelamatkan dua sepakan penalti pemain Villarreal, Aissa Mandi dan Raul Albiol menjulang Chelsea sebagai juara UEFA Super Cup.

Momen pertukaran penjaga gol saat akhir ini mengingatkan penonton pada Louis van Gaal yang memasukkan Tim Krul bagi sepakan penalti sewaktu perlawanan Piala Dunia antara Belanda dan Costa Rica.

Highlight perlawanan UEFA Super Cup Chelsea vs Villarreal

Thomas Tuchel turut mengakui keputusan beliau memasukkan Kepa saat akhir kerana Kepa lebih baik berbanding Mendy dalam sepakan penalti berdasarkan data analisis pasukan Chelsea.

Advertisements

Chelsea kini memenangi sudah 2 trofi dibawah kendalian Thomas Tuchel yang menggantikan Frank Lampard tahun lepas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram