Chelsea Terima Padah, Dihukum Atas Kegagalan Mengawal Pemain
EPL
Twitter: @ChelseaFC
Advertisements

Baru-baru ini, terdapat satu kontroversi yang menggemparkan dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris antara Chelsea menentang Liverpool pada Ogos yang lalu. 

Bekas Juara Liga Eropah, Chelsea telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak £ 25,000 oleh Football Association (FA) kerana gagal mengawal pemain mereka ketika perlawanan tempoh hari yang berkesudahan seri 1-1 di Anfield. 

Tindakan pengadil yang memberikan kad merah kepada Reece James, sekaligus menimbulkan kemarahan buat seluruh skuad The Blues. Beberapa pemain Chelsea kelihatan tidak berpuas hati dengan keputusan yang dilakukan Anthony Taylor.

Advertisements

Berdasarkan pernyataan daripada Football Association (FA), Chelsea FC telah dikenakan denda diatas dua punca pelanggaran peraturan FA E20.1 yang berlaku semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool FC pada hari Sabtu 28 Ogos 2021.

“Pihak Kelab mengakui berikutan kegagalan untuk memastikan tingkah laku pemainnya dalam mengawal diri mereka dengan hemah pada minit ke-48 dalam babak pertama dan juga selepas bunyi wisel penamat separuh masa pertama.”

Hal itu turut menyebabkan Reece James akan menjalani penggantungan satu perlawanan ketika aksi menentang Aston Villa nanti bagi saingan Liga Perdana Inggeris yang akan disambung semula pada Sabtu ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram