Chelsea Vs Dortmund: Kenapa Penalti Chelsea Diambil Dua Kali?
Eropah
Ben Jacobs
Advertisements

Awal pagi tadi, Chelsea berjaya mara ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas berjaya mengalahkan Borussia Dortmund 2-1 secara agregat. Tetapi yang membuatkan ramai penyokong tertanya-tanya ialah kenapa sepakan penalti yang diambil Kai Havertz diambil dua kali.

Blues mendapat sepakan penalti pada minit ke-48 selepas bola yang dihantar Raheem Sterling terkena tangan Marius Wolf. Havertz yang diberi tanggungjawab mengambil sepakan penalti menyangka peluangnya sudah berakhir selepas bola yang disepak terkena tiang.

Tetapi apabila penalti tersebut diperiksa oleh penolong pengadil video (VAR), didapati beberapa pemain Dortmund dan Chelsea bergerak dalam kotak penalti semasa Havertz mengambilnya.

Advertisements

Atas sebab itu, pengadil Danny Makkelie mengarahkan sepakan penalti diambil semula. Havertz kali ini tidak mengecewakan penyokong Chelsea di Stamford Bridge dengan menewaskan Alexander Meyer pada minit ke-53.

Bagi bekas pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL), Peter Walton, keputusan yang dibuat Makkelie itu tepat selepas melihat ulang tayang insiden berkenaan. Baginya, apa yang dilakukan pemain-pemain kedua-dua pasukan ialah mara ke dalam kotak penalti semasa sepakan penalti diambil.

“Itu memang kesalahan bergerak ke dalam kotak penalti, ya. Dia (Havertz) berada dalam kawasan penalti dan dia memberi kesan (membuat sepakan) terhadap bola.

Advertisements

“Bila bola melantun selepas terkena tiang dan bila anda lihat, pemain-pemain yang masuk ini dianggap telah mengeluarkan bola,” katanya kepada BT Sport.

Keputusan Makkelie itu turut berdasarkan peraturan FIFA. Sekiranya pemain-pemain dari kedua-dua pasukan mara ke dalam kotak penalti semasa penalti diambil, maka sepakan itu akan diambil semula tanpa mengira kesudahan penalti tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram