Advertising
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Terlepas Wang Ganjaran RM1 Juta
UltraSukan
Olympic Malaysia

Pasangan beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terlepas peluang untuk mengaut wang ganjaran bernilai hampir RM1 juta.

Tang Jie-Ee Wei hadir ke Hangzhou, China untuk beraksi di BWF World Tour Finals yang mengumpulkan seramai lapan pasangan beregu campuran terbaik dunia sepanjang musim 2024.

Ad

Diundi di kumpulan B, Tang Jie-Ee Wei meraih 3 kemenangan dalam semua aksi termasuklah ke atas rakan senegara, Soon Huat-Shevon Lai untuk mara ke separuh akhir sebagai juara kumpulan.

Ad

Di separuh akhir, Tang Jie-Ee Wei sekali lagi berdepan ujian Soon Huat-Shevon Lai dan tampil cemerlang untuk menang 21-17, 21-13 dalam masa 42 minit untuk mencipta sejarah ke final.

Walau bagaimanapun, Tang Jie-Ee Wei terpaksa akur dengan kehebatan beregu dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong apabila tumpas dalam pertarungan epik 3 set yang memakan masa 75 minit.

Ad

Selaku naib juara, Tang Jie-Ee Wei meraih wang kemenangan USD100,000 (RM445,000) manakala Si Wei-Ya Qiong pula membawa pulang USD210,000 iaitu sekitar RM1 juta sebagai juara.

Ad

Walaupun begitu, kedudukan Tang Jie-Ee Wei dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mencatatkan kenaikan dua anak tangga ke posisi keenam dunia buat masa ini.

Ad