Cheng Hoe Belum Nampak Keperluan Pakai 9 Import
Dunia
Azri/MakanBola
Advertisements

Pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe memberi bayangan akan lebih memberi peluang dan kepercayaan kepada barisan pemain tempatan di dalam skuadnya di dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Meskipun Malaysian Football League (MFL) membenarkan seramai sembilan import untuk didaftarkan pasukan-pasukan yang bertanding, Cheng Hoe belum nampak keperluan untuk memenuhi kuota tersebut.

“Sama ada nak menggunakan kuota sembilan pemain import atau tidak sudah tentulah kita kena tengok kepada bajet dan keperluan pasukan juga.

Advertisements

“Kena tengok pada setiap posisi itu adakah diperlukan dan pastinya kalau ada peluang, memang kita mahukan sembilan pemain import.

“Tetapi sebagai jurulatih, sudah tentu saya juga akan fikirkan pemain tempatan yang saya percaya mereka tetap boleh memberi saingan kepada pasukan”, ujar Cheng Hoe yang membimbing Selangor bermula saingan Piala Malaysia musim lalu.

Setakat ini, pemain import yang sah bersama Red Giants adalah Yazan Al-Arab, Hein Tet Aung, Richmond Ankrah, Alex Agyarkwa serta pemain import baharu, Noor Al-Rawabdeh dari Jordan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram