China Hantar Budak ‘Gergasi’ Lawan Korea
UltraSukan
FIBA

Tular di media sosial apabila China menghantar seorang pemain dengan fizikal seperti gergasi untuk melawan Korea Selatan.

Pemain China tersebut bernama Zhang Ziyu yang berusia 17 tahun, memiliki ketinggian 2.26 meter, menjadikannya pemain yang tertinggi dalam kalangan rakan sepasukan dan juga lawan.

Ad

Dengan ketinggian dan saiz fizikal yang dimiliki oleh Zhang Ziyu ini membolehkannya bebas beraksi dengan mudah tanpa diganggu lawan sekaligus dimanfaatkan oleh China untuk meraih kemenangan.

Ad

Satu klip video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna X, Phumajongosi menyaksikan Ziyu beraksi di dalam saingan FIBA U-18 Women’s Asia Cup 2024 menentang Korea Selatan Jun lalu.

Di dalam video berkenaan, Ziyu yang menggunakan jersi bernombor 19 memulakan permainan dengan fizikal yang lebih besar berbanding pemain-pemain dan pengadil di dalam gelanggang.

Ad

Meskipun diasak dan dikawal hebat oleh tiga pemain Korea Selatan yang lain, itu tidak sekali pun mengganggu Ziyu untuk menyambut bola dari rakan sekaligus menyumbang mata buat China.

Ad

Dalam kejohanan tersebut, China terpaksa akur dengan gelaran naib juara setelah tumpas kepada Australia di final 79-96 dan Ziyu dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP).

Ad