Chong Yee Fatt Meneruskan Karier Kejurulatihan, Kini Bersama Penang FC
Dunia
Penang FC
Advertisements

Jatuh bangun dalam karier itu lumrah dalam sebuah kehidupan. Tanpa menoleh ke belakang, bekas pengendali Perak FC, Chong Yee Fatt kini megorak langkah telah selepas dipancing pasukan Penang FC.

Beliau diberikan tugasan sebagai Penolong Jurulatih II yang bakal membantu Thomas Trucha selaku pengendali utama pasukan.

Selepas melalui musim yang penuh berliku bersama Perak FC, karier kejurulatihan Chong Yee Fatt kembali hidup dengan menyertai Penang FC. Selain Chong Yee Fatt, beberapa pemain dari Perak juga telah direkrut Penang FC untuk musim hadapan seperti Hafizul Hakim, Adib Raop dan Rafiuddin Roddin.

Advertisements

Pasukan Penang FC dilihat sudah memulakan latihan bagi menghadapi musim akan datang yang dijangka bermula Februari tahun hadapan.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Penang FC akan mendapatkan satu tarikh yang sesuai untuk mengadakan sesi dialog dengan ketua-ketua kumpulan penyokong, laman-laman rasmi penyokong dan pengkritik pasukan Penang FC dan pihak media sebelum hujung tahun ini.

Pada musim 2021, Penang FC mencipta kejutan selepas berjaya menduduki tempat ke-3 Liga Super dan berpeluang bermain di Piala AFC musim hadapan. Namun, Kuala Lumpur City FC berjaya merampas peluang tersebut selepas berjaya menjuarai Piala Malaysia dengan menewaskan Johor Darul Ta’zim di pentas final.

Advertisements

Nasib berbeza buat Penang FC dalam saingan Piala Malaysia apabila mereka berada di tangga tercorot Kumpulan A dengan mencipta 1 kemenangan 1 seri dan 4 kekalahan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram