Christian Eriksen Pulang Ke EPL Bersama Brentford?
EPL
Marco Luzzani / Getty Images
Advertisements

Selepas pulih daripada sakit jantung yang dialaminya semasa kejohanan EURO 2020 bersama Denmark, bekas perancang Spurs Christian Eriksen sedang fokus mencari kelab baru. Ini selepas khidmatnya ditamatkan secara bersama oleh Inter Milan beberapa bulan sebelumnya berikutan peraturan kesihatan Itali buat pesakit jantung. Dan khabarnya, beliau bakal menyertai Brentford dengan kontrak enam bulan dengan pilihan lanjutan kontrak selama setahun.

Mengikut laporan akhbar The Athletic, beraksi di EPL merupakan matlamat utama Eriksen selepas menamatkan kontrak dengan Nerazzurri. Ejennya Martin Schott menyifatkan bekas perancang Spurs itu beraksi di EPL seperti kembali ke rumah. Eriksen menjadi pujaan penyokong Spurs dari 2013 hingga 2020 sebelum menyertai Inter Milan pada Januari 2020.

Sebelum ini, wujud khabar angin beberapa kelab EPL berminat mendapatkan Eriksen pada musim perpindahan Januari. Malah, pengurus Spurs Antonio Conte tidak keberatan melihat bekas anak buahnya di San Siro itu kembali beraksi di New White Hart Lane. Beliau berkata, “Melihatnya (Eriksen) kembali bermain merupakan satu berita hebat. Saya fikir untuk Christian, pintu sentiasa terbuka untuk kepulangannya.”

Advertisements

Sekiranya Eriksen bersetuju dengan terma kontrak yang ditawarkan Bees, ini bakal memperkukuh kontinjen Denmark dalam pasukan berkenaan. Secara tidak langsung, ia turut memperkukuh prospek Brentford mengelak tersingkir dari EPL. Perpindahan ini juga diharap menjadi batu asas kepada kepulangannya dalam pasukan kebangsaan Denmark terutama untuk saingan Piala Dunia 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram