Advertisement
Christophe Gamel Diumumkan Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Sri Pahang
Dunia
MakanBola
Sri Pahang FC

Kelab Bola Sepak Sri Pahang harini mengumumkan menerusi laman Twitter rasmi bahawa jurulatih kelahiran Perancis, Christophe Gamel sah menjadi ketua jurulatih Sri Pahang FC bagi musim hadapan.

Pengendali berusia 49 tahun ini merupakan penolong jurulatih kepada Thomas Dooley dalam saingan sebelum ini. Beliau juga merupakan bekas pengendali kebangsaan Fiji selama 4 tahun tahun.

Menurut satu kenyataan dalam video yang diumumkan, Gamel sedia menggalas tanggungjawab untuk memastikan perancangan yang terbaik dilakukan buat Tok Gajah untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Tambah Gamel, belia menyeru kepada penyokong bola sepak Tok Gajah untuk sentiasa memberikan sokongan padu mahupun dikala kalah ataupun menang.

“Sri Pahang sebuah pasukan yang mempunyai sejarah dan tradisi yang hebat dalam Liga Malaysia dan saya berbangga untuk menjadi ketua jurulatih baru pasukan ini.

“Saya boleh rumuskan kelab ini mempunyai cita-cita dan perancangan yang besar untuk masa depan dan saya bersedia untuk membantu mereka mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Presiden dan pengurusan kelab dan saya juga berharap akan mendapat sokongan penuh daripada penyokong.” kata Gomel dalam laman rasmi berita Sri Pahang.

Untuk rekod, Sri Pahang duduk di tangga ke-10 dalam Liga Super bagi saingan musim lepas manakala bagi saingan Piala Malaysia pula sekadar bersaing di peringkat kumpulan sahaja.

Dengan kehadiran pengendali daripada Perancis ini sedikit sebanyak dapat membawa pasukan Tok Gajah berada di landasan terbaik bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.