Advertisement
Christophe Gamel Harap Lee Tuck Perkuat Mental Beraksi Atas Nama Harimau Malaya
Dunia
MakanBola
FA Malaysia

Bekas ketua jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel berharap agar pemain naturalisasi negara, Lee Tuck dapat mempersiapkan diri untuk terus berjuang atas nama Malaysia.

Bintang kelahiran England itu merupakan pemain yang baru sahaja dinaturalisasikan bersama-sama Sergio Aguero terus mencetuskan impak yang amat besar buat skuad kebangsaan.

Beliau setakat ini berjaya meledak dua gol dalam dua penampilan awal di bawah kendalian Kim Pan-gon sekaligus mendapat pujian ramai.

Walau bagaimanapun, bekas jurulatih PSG tersebut berharap agar Lee Tuck mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin untuk menyerap tekanan menyarung jersi Malaysia.

“Jika mereka meletakkan hati mereka untuk mewakili Malaysia, saya harap mereka dalat lakukan yang terbaik.”

“Kedua-dua pemain ini mempunyai teknik yang baik tetapi beraksi bersama skuad negara memerlukan kekuatan mental untuk menyerap segala tekanan,” katanya ketika dihubungi MakanBola.

Beliau juga berharap agar kedua-dua pemain ini dapat melakukan yang terbaik untuk terus memcacu lebih banyak kejayaan buat Harimau Malaya.