Cinta Kim Pan-gon Pada Malaysia Masih Kuat
MakanBola
Azri/MakanBola

Bekas Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menitipkan kata-kata bermakna kepada rakyat Malaysia.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu pernah membawa skuad negara sekitar tahun 2022-2024 selama dua tahun 6 bulan.

Ad
Advertisement

Beliau bagaimanapun memilih untuk membawa haluan baharu dan kini bersama kelab Korea, Ulsan HD.

Ad

Rasa cinta jurulatih berusia 55 tahun itu kepada negara ini masih mekar hebat dan menitipkan ucapan penuh bermakna baru-baru ini.

Advertisement

Pan-gon dalam satu hantaran di laman sosialnya mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Malaysia yang indah. Tahniah atas kemerdekaan ke-67,” jelas Pan-gon dalam satu hantaran.

Ad
Advertisement

Beliau juga telah mengucapkan selamat tinggal selepas dua tahun di Malaysia namun mengakui masih mahu ke sini untuk melawat beberapa buah negeri.

Ad

Pan-gon bakal kembali ke Malaysia bersama Ulsan HD yang akan beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim 2024/25.

Advertisement