Conte Perlukan Dana Untuk Julang Trofi Pertama Buat Spurs
EPL
spursofficial
Advertisements

Kemunculan semula Antonio Conte dalam kancah Liga Perdana Inggeris bersama pasukan Spurs bakal memberi tentangan hebat kepada pasukan gergasi yang lain dalam menjadi kelompok terbaik carta EPL.

Sebelum ini, Conte telah berjaya menjulang trofi Liga Perdana Inggeris dan juga FA Cup bersama pasukan Chelsea hanya dalam masa dua tahun. Namun, perbelanjaan yang telah dibelanjakan beliau ketika itu mencecah angka sebanyak 352 juta dengan membawa masuk beberapa pemain pilihan beliau ke dalam skuad The Blues.

Setahun selepas dipecat pada 2018, beliau menyertai pasukan Inter Milan dan sekali lagi beliau membelanjakan sebanyak 281 juta dalam masa dua tahun. Perbelanjaan ini membuahkan hasil apabila pasukan Inter Milan berjaya menamatkan penantian selama sedekad untuk menjuarai Liga Serie A buat pertama kalinya pada musim 2020/2021. 

Advertisements

Menurut The Mirror, Conte pernah menyatakan bahawa perbelanjaan yang besar adalah satu usaha bagi sesebuah pasukan itu untuk bersaing di peringkat tertinggi. 

“Anda tidak boleh pergi dan makan di restoran €100 dengan hanya membawa €10 dalam poket. Betulkan?” kata Conte

Hal ini membuktikan bahawa Conte mempunyai kualiti istimewa yang mampu memberikan sesebuah kelab itu memiliki gelaran juara dalam satu tempoh yang singkat . Keputusan yang bijak dari pemilik Spurs, Daniel Levy dengan membawa masuk jurulatih dari Itali ini sebagai salah satu usaha menamatkan penantian pasukannya untuk menjulang trofi buat pertama kalinya.  

Advertisements

Barisan sedia ada pemain Spurs ketika ini dilihat bakal menjadi taruhan awal yang perlu dibentuk oleh Conte bagi memperbaiki kedudukan dalam carta liga EPL.  Pasukan Spurs kini menduduki tangga ke-9 sambil berkongsi mata dengan pasukan Wolves.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram