Corak Baju Baharu Perak FC Mengelirukan, Tak Nampak Nama & Nombor
Dunia
Perak Football Club
Advertisements

Pasukan Perak FC kembali mencuri tumpuan peminat tanah air apabila dikatakan jersi mereka telah pun mengelirukan mata terutamanya ketika dipakai dalam perlawanan kompetitif.

Musim baharu ini menyaksikan pasukan The Bos Gaurus beralih arah dengan mengguna pakai jersi yang direka oleh syarikat Lotto.

Namun begitu, jersi mereka mendapat kritikan dan juga respon yang kurang senang daripada rata-rata para peminat yang menganggap jersi tersebut sudah pastinya menyukarkan pengadil di atas padang.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh Nazreen Izahar yang merupakan Editor in Chief di Semuanya Bola, penggunaan jersi tersebut telah membuatkan para pengulas sukar untuk membaca nama dan nombor yang tertera di belakang baju tersebut.

’Baju Perak ini boleh dikatakan azab bagi pengulas nak tengok nombor jersi.’

’Tak nampak apa weh, ’ -Jelasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Advertisements

Bukan itu sahaja, kenyataannya mendapat respon balas daripada netizen yang turut bersetuju dengan kenyataan oleh Nazreen.

Beliau turut berkongsi pengalaman mengulas satu perlawanan SCL dan menghadapi perkara yang sama.

‘Ada satu pasukan tu bajunya cantik tapi warna dan nombor tidak nampak.’

Advertisements

’Jenuh aku tengok warna apa, tak nampak sangat.’

Dalam aksi perlawanan Liga Premier Malaysia 2022 itu menemukan antara pasukan Perak FC menentang PDRM FC yang menyaksikan Perak tumpas 1-3 malam tadi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram