Corbin-Ong Disenarai Pendek Pertahanan Kiri Terbaik ACL 2022
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengharungi kempen cemerlang dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim lepas termasuk mara ke pusingan 16 pasukan terbaik. Dan terkini, bek kiri Harimau Malaya dan JDT, La’Vere Corbin-Ong disenarai pendek sebagai bek kiri terbaik ACL musim 2022.

Selain Corbin-Ong, tiga lagi pemain yang tersenarai ialah Kim Jin-su (Jeonbuk Hyundai Motors), Mohammed Al Burayk (Al-Hilal) dan Dhurgham Ismail (Air Force Club).

Bek kiri pasukan kebangsaan ini dipilih berikutan prestasi cemerlangnya bersama JDT sepanjang kempen ACL musim 2022. Ini termasuk menyumbang tiga bantuan gol bagi membantu Harimau Selatan menjuarai Kumpulan I dan mara ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Advertisements

Selain itu, bekas bek kiri Go Ahead Eagles itu juga boleh diharap dalam mengawal barisan pertahanan. Ini dibuktikan dengan statistik Corbin-Ong memenangi 30 pertarungan di udara dan berjaya mendapatkan semula bola sebanyak 31 kali.

Dengan semua statistik ini, tidak hairanlah mengapa Corbin-Ong terus mendapat kepercayaan Kim Pan-gon sebagai bek kiri utama untuk Harimau Malaya. Malah, untuk musim ini, dia telah menghasilkan dua gol dan satu bantuan gol untuk Harimau Selatan dalam Liga Super.

Dengan saingan sengit untuk undian Pertahanan Kiri Terbaik ACL 2022, penyokong Harimau Malaya yang masih belum mengundi boleh pergi ke laman sesawang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi memberi sokongan kepada Corbin-Ong. Mereka perlu cepat kerana undian berakhir petang ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram