Cristiano Ronaldo & Al-Nassr Dijemput Bersaing Di Eropah
UEFA Champions League
Al-Nassr FC
Advertisements

Peminat bola sepak berpeluang melihat kelibat Cristiano Ronaldo kembali beraksi dalam bola sepak Eropah.

Ini selepas satu laporan yang dibawa wartawan Arab Saudi, Ali Al-Harbi menyatakan UEFA sedang berkira-kira menjemput kelab Arab Saudi itu.

“UEFA berniat untuk menjemput Al-Nassr untuk menyertai UCL 2024 kerana merupakan salah satu daripada tiga kelab terkenal dalam bola sepak dan populariti hebat Al-Nassr di pentas Eropah,” katanya di X.

Advertisements

Sebelum berpindah ke Al-Nassr pada Januari lalu, Ronaldo sudah menjaringkan 140 gol dan 48 bantuan gol dalam 183 penampilan UCL untuk tiga kelab termasuk Manchester United.

Kebanyakan gol tersebut diraih bersama Real Madrid di mana beliau menjulang gelaran juara UCL sebanyak empat kali. Bakinya diraih di Old Trafford di mana beliau meraih kejuaraan UCL pada 2008.

Advertisements

Begitupun, ramai menyambut dingin idea tersebut di media sosial dan melihat ini sebagai satu lagi usaha menambah aliran wang masuk ke dalam UEFA.

Al-Nassr dan Ronaldo ketika ini berada pada kedudukan selesa untuk mara ke pusingan 16 pasukan terbaik ACL. Ini selepas mereka mengalahkan Al-Duhail 3-2 dalam aksi keempat Kumpulan E.

Advertisements

Selain itu, mereka juga kini di tempat kedua Saudi Pro League dan sibuk menghambat pendahulu liga, Al-Hilal.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram