Advertisements
Cristiano Ronaldo Buat Peminat Di China Marah
Asia
MakanBola
Al Nassr

Nama bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo menjadi tumpuan para peminat atas tindakan beliau ketika sidang media di China.

Sebuah gambar yang kini sedang tular di kalangan peminat menyaksikan Cristiano Ronaldo sedang leka bermain telefon ketika wakil penganjur mengumumkan pembatalan jelajah Al Nassr di China.

“Sidang akhbar ini hanyalah formaliti,” kritik seorang peminat.

“Penganjur jelas tahu bahawa Ronaldo cedera tetapi mereka menutupnya, hanya terpaksa mendedahkannya hanya sehari sebelum perlawanan,” kata orang kedua.

“Ronaldo tidak menghormati orang China,” tuduh peminat lain.

Walau bagaimanapun, Cristiano Ronaldo telah meminta maaf kerana tidak dapat turun beraksi akibat kecederaan dan menganggap China sebagai “tanah air kedua” beliau bagi meredakan kemarahan peminat di sana.

Al Nassr yang dijadualkan menentang Shanghai Shenhua pada 24 Januari dan Zhejiang pada 28 Januari ini telah bertindak membatalkan dua perlawanan persahabatan tersebut selepas kecederaan yang dialami oleh pemain bintang mereka, Cristiano Ronaldo.

Kelab Liga Pro Saudi itu juga telah memuatnaik satu kenyataan memohon maaf kepada para peminat di China dan telah bersetuju kepada pengajur untuk kembali menysun satu tarikh baharu untuk beraksi di sana.

“Kami sedih untuk mengumumkan bahawa, malangnya, dan atas sebab-sebab di luar kawalan Al Nassr, acara yang terdiri daripada dua perlawanan yang dijadualkan pada 24 dan 28 Januari telah ditunda ke tarikh yang akan ditentukan,” tulis Al Nassr di laman X.

“Tambahan pula, kami telah bersetuju dengan pihak penganjur untuk menjadualkan perlawanan baharu secepat mungkin”

Kini, Ronaldo dan pasukannya akan pulang semula ke Arab Saudi minggu ini untuk menghadapi dua perlawanan persahabatan berdepan Inter Miami dan Al Hilal.