Advertising
Cristiano Ronaldo Dedah Punca Tinggalkan Real Madrid Mengejut
MakanBola
UEFA
Sponsors

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo mendedahkan punca sebenar beliau meninggalkan kelab gergasi La Liga, Real Madrid secara mengejut.

Selepas menyertai Los Blancos pada musim panas 2009, Ronaldo merekodkan 438 penampilan, 450 gol dan 131 bantuan gol.

Ad

Beliau turut membantu pasukan itu muncul juara La Liga, Copa del Rey dan Liga Juara-Juara UEFA (UCL). Pada musim 2018, Ronaldo mencipta kejutan dengan menyertai Juventus.

Ad

Kini, legenda Manchester United itu memaklumkan keinginannya meninggalkan Bernabeu didorong untuk mencari cabaran baru di luar Sepanyol.

Meskipun hasrat Ronaldo pada awalnya disokong presiden kelab, Florentino Perez, beliau kemudiannya cuba menghalang perpindahan tersebut.

Ad

“Saya tinggalkan Real Madrid kerana saya mahukan lembaran (cabaran) baru. Saya beritahu presiden (Florentino Perez) dan beliau menerimanya.

Ad

“Tetapi beliau kemudiannya cuba menghalang dan saya tidak akan berpatah balik kerana saya sudah berjanji dengan Juventus,” katanya seperti dilaporkan The Madrid Zone.

Ad

Ronaldo kekal di Turin selama tiga musim sebelum menyertai United pada musim panas 2021. Legenda Portugal itu kekal di Old Trafford sehingga November 2022 sebelum memilih menyertai Al-Nassr.

Sejak bersama Al-Nassr, beliau sudah meledakkan 81 gol dan 19 bantuan gol dalam 89 penampilan. Ini termasuk dua gol dalam aksi terbaru Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).