Cristiano Ronaldo Dikesan Fasih Berbahasa Arab
Dunia
Al-NASSR
Advertisements

Pemain baharu Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dikesan mula fasih berbahasa Arab sejak menyertai kelab tersebut.

Bintang sensasi dunia itu telah pun melengkapkan perpindahan daripada Manchester United sejak dilepaskan kelab susulan temubual kontroversi bersama Piers Morgan.

Beliau akhirnya menamatkan teka-teki mengenai masa depannya apabila mengesahkan perpindahan ke kelab gergasi Arab Saudi itu.

Advertisements

Bekas bintang Real Madrid ini telah pun diumumkan secara rasmi selaku pemain baharu kelab dalam satu majlis yang penuh gemilang semalam.

Ronaldo memberitahu bahawa kerjanya di Eropah sudah pun tamat dan kini beliau akan memberi fokus kepada cabaran di Asia iaitu Arab pula.

Advertisements

Namun begitu, perkara yang paling menarik perhatian apabila beliau dikesan mampu bertutur dalam bahasa Arab dengan baik.

Pengacara pada malam tersebut meminta Ronaldo untuk menyebut semula perkataan yang diucapkannya.

Advertisements

“Ana Alami” ujar Ronaldo dengan penuh bersemangat.

Ayat itu bermaksud beliau dikatakan individu yang bertaraf global dalam dunia dalam dan juga luar bola sepak.

Advertisements

Al-Nassr akan bertemu dengan Al-Ta’ee bagi melebarkan kedudukan selaku pendahulu liga selepas 11 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram