Advertisement

Follow us:

Cristiano Ronaldo Jadi Wira Al-Nassr

Cristiano Ronaldo 6 Cristiano Ronaldo Jadi Wira Al-Nassr
DAZN Football
Azri Haziq
@azrihazq
3:11am 04/02/2023
Pivo

Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan satu gol bagi membantu pasukannya, Al-Nassr mengutip satu mata berharga.

Aksi Saudi Pro League yang menemukan pasukan Al-Fateh dan Al-Nassr berakhir dengan keputusan seri 2-2. Jaringan penyamaan pada babak akhir permainan menerusi Cristiano Ronaldo berjaya menyelamatkan Al-Nassr dari dimalukan pasukan tuan rumah.

Sebelum wisel penamat ditiupkan, pengadil perlawanan telah menghadiahkan sepakan penalti buat Al-Nassr. Situasi tegang berlaku seketika apabila pertahanan Al-Fateh bertindak mengasari pemain Al-Nassr. Pengadil yang mengesan insiden tersebut terus menghadiahkan sepakan penalti buat Al-Nassr.

Pada minit ke-93 permainan, kapten pasukan Al-Nassr, Cristiano Ronaldo tenang menyumbat masuk bola ke gawang menewaskan penjaga gol Al-Fateh, J Rinne.

Jaringan tersebut sekaligus merekodkan gol pertama Ronaldo dalam saingan liga Saudi setelah tiga perlawanan beraksi. Kini beliau cemerlang membantu Al-Nassr untuk kekal mengemudi tangga Saudi Pro League.

Al-Nassr bakal meneruskan kempen liga bertemu pasukan Al-Werda pada Jumaat, 10 Februari kelak.