Dunia
Advertisements

Bintang lagenda Manchester United, Cristiano Ronaaldo sah kembali semula ke pangkuan kelab tersebut apabila telah melengkapkan perpindahan dari Juventus hari ini.

Berita perpindahan pemain berusia 36 tahun itu ke Old Trafford telah diumumkan oleh jurnalis Itali, Fabrizio Romano pada awal pagi ini.

Cristiano yang telah menerima tawaran rasmi oleh pihak Manchester United yang menawarkan kontrak selama 2 tahun sehingga Jun 2023. Urusan perpindahan beliau telah diuruskan oleh agennya iaitu Jorge Mendes.

Advertisements
manchester united ronaldo Rasmi: Cristiano Ronaldo Kembali Sertai Manchester United
Perlawanan pertama Ronaldo bersama Manchester United

Beliau tidak berfikir panjang sejurus bekas majikannya itu mengesahkan bahawa tawaran secara rasmi telah diterima. Tambahan pula, ia pastinya menjadi suatu perkara yang sangat bermakna untuk kembali ke kelab yang mencipta namanya suatu ketika dahulu.

Manchester City dikatakan telah terkeluar daripada usaha untuk membawa Ronaldo ke Etihad setelah tiada tawaran secara rasmi dibuat oleh kelab tersebut.

Ini disebabkan beliau tidak berada dalam perancangan awal City yang lebih terarah untuk mendapatkan bintang Spurs iaitu Harry Kane.

Advertisements

Impian seluruh peminat Manchester United untuk melihat kepulangan pemain kesayangan mereka ke Old Trafford akhirnya dimakbulkan setelah Ronaldo sendiri menyatakan keinginannya untuk menyertai semula United.

Menurut Fabrizio Romano, Manchester United menyediakan €20 Juta kepada Juventus sebagai pampasan perpindahan dan kontrak yang disediakan Manchester United dipersetujui oleh Ronaldo tanpa bantahan.

Cristiano Ronaldo kini menunggu proses medical untuk melengkapkan perpindahan ini dan pengumuman rasmi dari Manchester United dijangka akan diumumkan kurang 48 jam dari sekarang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram