Advertising
Cristiano Ronaldo Di ‘Scam’ VAR, Harapkan Gol Namun Kad Kuning Menjelma
MakanBola
Photo: Getty Images

Aksi Udinese menentang Juventus berakhir dengan keputusan seri 2-2 dan turut dihiasi insiden dramatik pada babak akhir perlawanan selepas gol minit akhir Ronaldo tidak sah ekoran berada pada kedudukan offside.

Pada minit ke 94 perlawanan, tandukan Cristiano Ronaldo hasil hantaran Federico Chiesa berjaya menerjah jaring. Gol saat akhir itu menyaksikan Juventus berjaya mendapatkan gol ketiga dan hampir membawa pulang 3 mata berharga.

Ad

Ronaldo meraikan jaringan minit akhir itu dengan membuka bajunya malah rakan sepasukan Juventus turut bersorak bersama-sama tanpa mengetahui apa yang bakal terjadi selepas itu. Ronaldo kemudian dilayangkan kad kuning kerana meraikan jaringan dengan membuka baju.

Ad

Pengadil kemudiannya berinteraksi dengan VAR dan membuat keputusan untuk meneliti semula gol terbabit. Selang beberapa minit, pengadil mengesahkan gol saat akhir Ronaldo tidak sah kerana kedudukan Ronaldo yang dalam kedudukan offside.

Gol tersebut hampir saja menjadi momen terbaik Ronaldo yang masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol kemenangan saat akhir namun VAR menidakkan peluang itu. Malah Ronaldo terpaksa menerima kad kuning yang sia-sia selepas gol itu dibatalkan.

Ad

Juventus terpaksa akur dengan keputusan terbabit malah Ronaldo hanya mampu tersenyum melihatkan gol saat akhir beliau tidak diterima.

Ad

Ad